Friday, February 10, 2017

Review Nano White Fresh by Tohtonku

Assalamualaikum & hi..

Entri lama yang telah dikemaskini.


Review Nano White Fresh by Tohtonku | Sebut sahaja Nanowhite Fresh, aku rasa semua pun dah tahu pasal produk ni. Set penjagaan wajah Nanowhite Fresh kini semakin terkenal mana tidaknya jika packaging nya tersangatlah comel, hasilnya pula terbaik. Sebelum ini aku pernah buat entri pasal rahsia penjagaan kulit wajah aku. Nak tahu rahsianya boleh klik SINI. Seperti yang korang tahu Nanowhite Fresh ini terdapat dalam 6 set iaitu foam cleanser, gel cleanser, scrub, miracle mist, dark spot corrector dan moisturiser.

Nanowhite Fresh Foam Cleanser 50g (MYR 8.50)

Pembersih muka dalam bentuk cream yang membantu mengawal pengeluaran minyak di wajah. Lepas guna wajah terasa lebih segar dan cerah. Terasa sejuk ja bila pakai so memang bestlah.

Nanowhite Fresh Gel Cleanser 100g (MYR 15.90)

Ini yang aku guna sekarang, sebelum ni aku pakai foam cleanser. Lepas guna kulit wajah terasa lembap dan bebas minyak.  Disebabkan ianya membersih dengan lebih dalam so kulit wajah pun flawless ja. Wajah segar ya, tapi bagi aku foam cleanser lagi sejuk (fresh) berbanding dengan gel cleanser ni.

Nanowhite Fresh Anti Dullness Scrub 100g (MYR 15.21)

Menanggalkan sel-sel kulit mati dan bintik hitam. So far memang berkesan, jika sebelum ni kulit wajah aku agak kasar tapi sekarang ni terasa halus dan lembut ja. Bintik hitam? Hmm tak sure lah pula hehe

Nanowhite Fresh Miracle Mist 125ml (MYR 20.50)

Antara semua ini paling aku suka sebab apa? Sebab boleh pakai bila-bila masa ja, ada makeup ke takda boleh ja pakai dan kesannya fuhh wajah memang segar! Lagi segar dari foam cleanser. Setakat ni memang terasa perubahannya, pori semakin mengecil, minyak dekat wajah pun berkurangan. Jika wajah terasa letih dan tak bermaya pakailah miracle mist 9 in 1 ni.

Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector 15ml (MYR 18.50)

Ini aku dah cuba lebih dari dua bulan. Hasilnya setakat ni memang boleh kawal minyak dan jerawat. Tapi jerawat time period tu memang normal ya, so belakang kira. Apa yang penting memang berkesan.

Nanowhite Fresh Mattiifying Moisturiser 50ml (MYR 21.50)

Updated on 10th February 2017

Seperti yang aku janjikan so hari ni aku review pula mattiifying moisturiser dari nanowhite ni. Aku dah cuba lebih dari tiga minggu rasanya. Kalau tak silap lah hehe. So far memang aku puas hati. Ianya cepat meresap ke dalam kulit, tak perlu tunggu 2-3 minit untuk kering, tak payah nak kipas-kipas bagai. Lepas ja pakai dark spot corrector, biar 5 saat terus pakai moisturiser ni. Wahh bertambah-tambah segar muka hehehe. Hasilnya wajah aku terasa lembut dan lembap. Lepas ja pakai moisturiser ni, makin suka aku pegang pipi aku ni. Paling ketara kesannya kalau dulu bila bangun tidur pegang ja pipi memang melekit (berminyak) tapi sekarang dah takda semua tu. Terbaiklah nanowhite !

Keseluruhannya, rangkaian produk nanowhite fresh memang berkesan dan setakat ini memang tiada kesan sampingan. Aku dah pakai lebih dari lima or enam bulan rasanya. Alhamdulillah wajah aku semakin bebas minyak, halus, lembut, cerah dan berseri. Kalau sebelum ni bila tengah hari ja muka aku memang berkilat sebab minyak berlebihan. Paling kurang pun aku akan guna 3 - 4 pcs tisu minyak dalam satu-satu masa tapi sekarang 1 pcs tisu minyak pun cukup untuk hilangkan minyak di wajah ni. So Nanowhite Fresh memang terbaik! 

Korang yang ada masalah kulit wajah berminyak tu cubalah produk ni, tak sesal punya. Kalau rasa nak cuba boleh lah beli dimana-mana cawangan Guardian atau Watson's. 


thanks for reading
with love ~ cik itah @ ramaramapendek

18 comments:

  1. Anak dara kakak yg kecik guna product ini CI
    Tapi yg Dark Spot Corrector dia tak gunalah..

    ReplyDelete
  2. lagi best guna produk gni dari produk jual online tu..
    bia lmbat kesan, asalkan selamat n xmerbhya..

    ReplyDelete
  3. Nanti saya tanya gf saya kalau dia nak beli. Tapi saya tak ada gf.

    ReplyDelete
  4. Klau ngam dgn skin apa slhnya kn mncuba,

    ReplyDelete
  5. rasa macam nak try Fresh Miracle Mist :)

    ReplyDelete
  6. comel cik itah.. busyra tak pernah try lagi nano white ni..

    ReplyDelete
  7. patut la cik itah kita berseri2 sekarang yer... nano white ruper nyer... :)

    ReplyDelete
  8. Siqah ada masalah kulit muka sekarang. Banyak jerawat dan ada kesan jerawat. Menarik produk ni. Nak cuba tapi tue lah baru je cuba Simple. Huu

    ReplyDelete
  9. waaaa terbaikk... Patutlah cik itah sentiasa cantik... Pakai nanowhite upenye.. Lepas ni leh la cuba.. hehe

    ReplyDelete
  10. yang penting serasi dengan kulit kita.nice review
    JanjiKita

    ReplyDelete
  11. Apa perbezaan nano white dgn nano white fresh nie??

    ReplyDelete