You are reading:
Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Posted on: Thursday, February 2, 2017

Assalamualaikum & hi

Resepi Hati Ayam Masak Kicap

Resepi Hati Ayam Masak Kicap | Tiba-tiba tekak nak makan hati ayam kicap so dengan rajinnya akupun masaklah hati ayam kicap ni.

Bahan-bahan ;
  • Hati ayam
  • Kicap manis dan kicap masin
  • Sedikit sos tiram
  • Cili kering
  • Halia
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Tomato
  • Daun bawang


Cara-cara ;
  1. Perap hati ayam bersama halia, bawang putih, sos tiram, kicap masin dan kicap manis selama 20-30 minit.
  2. Tumiskan halia, bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato dan kacau
  4. Masukkan hati ayam yang diperap tadi dan tambahkan sedikit air. Biar hingga hati ayam masak
  5. Masukkan garam dan secukup rasa jika kurang rasa
  6. Taburkan daun bawang dan angkat. Siap!


with love ~ cik itah @ ramaramapendek

Comments

  1. uih sedap ni sesekali makan... selalu minta mak simpan hati kalau sembelih ayam.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Cii Itah. Hari tu goreng jer pun dah sedap. 😍

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap...kadang2 masak hati ayam jugak..goreng pun sedap

    ReplyDelete
  4. sedapnya....
    mmg sesuai hati yg msh fresh lg msk kicap, terasa kemanisannya tuh...

    baru teringat lama tak beli hati ayam... rasa mcm nk msk jgk lah

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat hati ayam baru mmg sedap CI. Masak apa pun sedap kalau dah suka hati ye...

    ReplyDelete
  6. Lma nda msk,ni,owhh, dlu time bujang2 rajin aku msk ni sbb roomate suka,mkn,ni

    ReplyDelete
  7. nampak sedap hati ayam masak kicap ni... selalu makan hati ayam bakar je..

    ReplyDelete
  8. Makan hati ayam tak apa CI jgn kita "makan hati" boleh kurus dibuatnya:)

    ReplyDelete
  9. Sedap resepi nie.. Tapi sebab akak tak makan hati, leh ganti ngn pedal ayam or kaki ayam nie..

    ReplyDelete