You are reading:
Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari

Posted on: Thursday, August 25, 2016


Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari | Sejak kenaikan kos taraf hidup ni nak tak nak kena bawa bekal untuk makanan tengah hari. Nak "save budget" katanya sementara menunggu gaji untuk bulan seterusnya. Well, aku ni sebenarnya bukanlah seorang yang "pro" memasak tapi rajin masak tu boleh tahan hihi pantang nampak resepi dekat Facebook terus "screenshoot" nak cuba masak katanya haha. Di bawah ni aku kongsikan lima (5) menu ringkas "lunch" harian aku. Menu utama semestinya nasi maklum sajalah perut kita ni tak kenyang selagi tak makan nasi.
  
Menu Pertama : Nasi putih bersama lauk tumis ikan masin dan tumis bunga betik.
Nak masak bunga betik bukanlah simple sebab nak kena rebus dulu untuk mengurangkan rasa pahitnya yang melampau tu hehe so to make it simple rebus di malam hari then simpan dalam peti seju, esok paginya barulah tumis bersama ikan bilis atau telur.

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari


Menu Kedua : Nasi putih bersama lauk telur goreng, telur masin dan brokoli.
Brokoli tu masaklah ikut cara masing-masing..tumis sos tiram ke..tumis biasa ke..

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari


Menu Ketiga : Nasi putih bersama terung dan kubis cina
Terung tu tak perlu goreng, tumis kunyit ja. Kubis cina pulak tumis bersama sepotong sosej. Simple!

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari

Menu Keempat : Nasi putih bersama kubis dan ayam kicap
Kubis tu memang totally aku main campak ja dalam kuali. Ayam kicap tu pula resepi simple dari facebook.

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari


Menu Kelima : Nasi putih bersama kubis cina dan ayam goreng daun kari
Bunga kubis tu masak main campak je dalam kuali. Ayam tu..resepi aku sendiri hehe

Menu Ringkas Untuk Bekalan Makanan Tengah Hari



with love~ Cik Itah @ ramaramapendek

Comments

  1. Replies
    1. tu la.. ustaz azhar idrus kata, x pandai masak xpe, boleh belajar.. jnji rajin masak.. heheheh... kalau dah malas dah x boleh buat apa dah.. hehehe
      bagus2.. kipidap..

      Delete
    2. ihihi, nmpk dah ciri2 pha is suka, kena rajin masak..kiki..

      Delete
  2. Rajinnya Cik Itah memasak..
    Nak tanyalah.. bunga betik tu kalau rebus lepas tu tumis kurang pahit eh..
    Macam sedap je nengok bunga betik cik itah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Lepas rebus pahit dia akan kurang sikit..rebus dalam 15 hingga 30 minit.. Lepas rebus perah airnya.. Hehe

      Delete
    2. fuh, jawab macam dah pakar.. hahaha

      Delete
    3. TQ cik itah.. nanti nak cubalah.. Teringin nak makan tapi pahit..

      Delete
  3. yang simple ni lah yang sedap sebenarnya...
    aRz kadang minta wife masak yang simple ja sambil cicah budu....perghh dah cukup sedap..

    brokoli sayur fevret

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju.. yg simple ni la yg praktikel.. kalau komplicated sangat nk masak, nk masak je rumitn take tim, kita skrg mana ada masa.. buat yg simpel je, janji sedap.. hehehe

      Delete
  4. Sedap... mmg sesuai sgt makan tengah hari mcm tu... best!.. :)

    ReplyDelete
  5. kita menu ringkas utk tengahari dah tapau kat kedai.. mak yong tak larat nak masak dah skrg ni.. heheheh

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #1067

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg masing2 ada tugasan dan kerja.. bukan macam mak2 dulu2 yg suri rumah sepenuh masa je.. hehehe..

      Delete
  6. Rajinnya cik itah masak...
    Selalu time lunch...saya tappau je..time pagi sibuk dgn ank2 yg liat nk g sekolah.

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan Cik Itah,

    First time baca blog Cik Itah terus follow sebab teruja dengan makanan yang dimasak.. Rajin Cik Itah masak untuk tapau lunch..

    ReplyDelete
  8. kita pon suka bawak bekal. bekal anak, bekal suami, enjoy je nak siapkan

    http://berbento.blogspot.my
    www.wawayusoff.com

    ReplyDelete
  9. hai,jom join giveaway saya! :D

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2016/09/first-giveaway-gomoshop96.html

    ReplyDelete
  10. Rajinnye.. menu pula wlpun simple tapi sedap tu.. silap2 nasik tak cukup..

    ReplyDelete
  11. Lagi bagus masak sendiri cik itah..
    Selain jimat..
    Kebersihan dan kesihatan terjaga..

    ReplyDelete